Wednesday, December 8, 2010

Cerita Lucu ~









Dah lama rasenye aku x update blog nie .. sebab dalam beberape minggu ni aku xde lah busy sgt ..
 



Pergi kelas balik kelas .. tu je aktiviti ku ..
 
Pastu duduk rumah saje tgk   movie   xpon   utube ..  haha




ntah   sejak bila aku leh addict ngan game Car Town kat fesbuk neh 




Bila aku rase bosan je, mula la nak bukak mende nihh 











ini lah game car town ~




 











ini garage saya :P
















haha .. mcm relax sgt  je pulak plak kan ..

 

Padahal  assignment   aku ada  bnyakkk    lagi x buat ..

 

nak wat cmner dah aku ni jenis buat keje last minute . .hahha ....

 

 

 

xD

 

 

 

 

 

minggu lalu,  presentation ntok subject Principle of advertising sudah selesai dgn  jaye nye ..

 

 

dan tadi

 

 

lecturer telah  mengesahkan   grup presentation  aku  telah

berjaya  memikat hati beliau dengan idea2 yang dicurahkan ..

 

 

 

haha ..

 

 

 

puas hati  juga lah

 

 

 

Sebab ade Idea yang aku  sendiri cadangkan .. dia ckp menarik ..

 

 

 

Group kami dapat Hamper kecil Sumbangan dari lecturer tersebut . ..

yang mana terdapat  jan - jan , jeli  dan beberapa puding  di dalam nya  ..

wakakakkaaaa.....

 

 

 

 

^___^



 

  hmm .... kenapa tajuk entry kali nie Cerita Lucu ye .. ?

 

 

haha  ... just nak share ngan ngkorang ..

 

beberape cerita lucu yang aku kutip kat internet nie ...

: )

 

 

 

 

 Pertama Kali Dibedah




  Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.

"Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu..."

"Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah."

"Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut..."




Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa





   Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa.
"Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertanya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?"
"Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak.
"Apakah kelakuan kamu baik disini?"

"Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."






 

Umur Tinggal Enam Minggu





Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."


 

Kahwin Lain


  Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…





Gajah Mati



Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.











: )







p/s :  beberapa hari ni aku happy sedikit .. kerana akhirnya dah dpat barang yang aku da lame nak  .. xD
sekian untuk entry kali ni ..

..