Thursday, January 27, 2011

Transformers 3 : Dark of the Moon.







Salam semua ..







Aha...
seperti yg anda semua tahu
saya memang meminati cerita "transformers"
tengok wallpaper blog pon dah tahu kan






 xD











   









       Antara cerita yang paling saya tidak dapat lupakan di zaman kanak-kanak adalah siri kartun Transformers. Kartun yang menonjolkan sekumpulan robot yang boleh bertukar (transform) kepada pelbagai bentuk lain itu merupakan antara cerita yang paling TOP dikalangan kanak-kanak pada waktu itu. Maka, tak hairanlah bila ia diterbitkan di layar perak buat pertama kalinya pada tahun 2007, blogger ini menjadi begitu “excited” sekali!. Pada tahun 2009, syarikat filem Paramount Pictures membawa kembali kita ke pawagam dengan episode ke dua bertajuk Transformers : Revenge of The Fallen. Sekali lagi kami terhibur dan tak sabar menantikan episode selanjutnya. Pada 1hb Julai tahun 2011 nanti, Optimus Prime dan rakan-rakan akan muncul sekali lagi ke layar perak dengan episode ke tiga bertajuk  Dark Of The Moon. Kali ini ia disiarkan dalam bentuk 3D (di panggung-panggung yang ada 3D). Peminat-peminat Transformers sudah pasti resah menanti tibanya hari tersebut.




                                

                             Antara beberapa update yg saya dpt untuk filem ketiga :













Optimus prime dalam transformers 3 akan dilengkapkan dengan truck trailer,


seperti mana yang terdapat pada siri kartun asalnya.

cool!









Bumblebee masih kekal sama vehicle mode tapi
dengan sedikit penambahan spoiler dan sport rim lain.
 





ratchet kembali dengan colour yang berbeza..
sejujurnya saya tak berapa
 suka dengan colour scheme yg baru ini.





Ironhide masih mengekalkan vehicle lamanya
GMC Topkick 








guess who's this?
our decepticon villian leader, Megatron !
very interesting new look
saya pon xsangka megatron akan guna 'earth mode'
iaitu sebagai lori tangki minyak.






Transfomers 3 – Dark of The Moon akan membawa para penonton kembali ke tahun 1969, pada hari manusia mula-mula memijak kaki di bulan. Neil Amstrong dan rakan-rakan konon-kononnya telah terjumpa kapal angkasa Cyberton (Cybertronian Spacecraft) dan pihak US telah merahsiakan penemuan ini selama bertahun-tahun lamanya. Kapal angkasa tersebut telah disembunyikan dan rahsia ini terbongkar selepas berpuluh tahun kemudian.
Kedua-dua pihak Autobots dan Decepticons pun berlumba untuk mencari Cybertronian Spacecraft dan mempelajari rahsiannya. Pertempuran hebat dijangkakan akan berlaku. Sama-samalah kita tunggu nanti kerana buat masa ini kurang maklumat tentang cerita ini. Yang ada hanyalah trailer pertama yang baru dikeluarkan oleh Paramount Pictures pada 8hb Disember yang lalu.








  




           Filem ini sekali lagi diarahkan oleh Michael Bay dan produsernya adalah Steven Spielberg. Shia LeBeouf sekali lagi memegang watak utama, Sam Witwicky dengan suara Peter Cullen digunakan untuk watak Optimus Prime. Megan Fox digugurkan dari senarai pelakon Transfomers 3 – Dark of The Moon dan digantikan oleh Rosie Huntington-Whiteley.
Untuk peminat-peminat Transformers, sekali lagi diingatkan bahawa Transfomers 3 – Dark of The Moon akan menemui anda semua di pawagam pada 1.7.2011. Simpan tarikh ini dalam dairi anda. Buat masa ini hiburkan hati anda dan ubatkan kerinduan dengan menonton trailer Transfomers 3 – Dark of The Moon . Audios!













  p/s : which side u choose? xD